Jikalau luka dan kecewa akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti dibiarkan meracuni jiwa
Sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih utama
Mengapa mesti dibiarkan meracuni jiwa
Sedang ketabahan dan kesabaran adalah lebih utama
Mengapa mesti diungkit sepenuh jiwa
Sedangkan memaafkan dan menahan diri adalah lebih berpahala
Jikalau cinta akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa meski ingin memiliki dan selalu bersama
Sedang memberi akan lebih banyak menuai erti
Jika hidup akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti diisi dengan kesia-siaan belaka
Sedang ketegaran akan lebih indah dikenang nantinya
Jika kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa tidak dinikmati sahaja
Sedang ratapan dan tangisan tidak dapat mengubah apa-apa
Jika kesalahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti tenggelam didalamnya
Sedang taubat itu lebih utama
Jika harta akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti ingin dikukuhi sendiri
Sedang kedermawanan itu akan melipat gandakannya
Jika kegagalan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti menghantui jiwa
Sedang usaha dan ketabahan justeru memberikan manfaat
Jika kekurangan dan kelemahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya
Mengapa mesti terus disesali
Sedang bersyukur akan memberi nikmat dan kekuatan
Lakukanlah yang terbaik yang dapat kau lakukan
Kerana waktu dan kesempatan tidak datang dua kali
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
tinggalkan kesan yah kawan-kawan